27 October 2009

SyOkNyeR LaGu Nih!!



THROUGH MY WINDOW

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

24 August 2009

HaSiL TeRBaRU


Hahahaha...kowg mesti xtaw kan nape aku gelak sebegini rupa??sbb ape?? haa...tu yg kita xtaw.huhuhu.. bukan ape,saje je nak menunjukkan keceriaan walaupon diri ini ditimpa banyak masalah..hmmm..dah lame aku x update blog ni. Maybe sbb bz je kan ngn bussiness, so susah sket la.. haa..lpe lak nak citer. Setelah asyik coming soon je,skang dah nampak kan hasil terbaru saya?ko nengok kt mne?sblah kiri ni la..hehehe.ni je hasil yg mampu sbb kos under serat (RM100) je.. kowang mesti x ramai yg taw pe tu Mountain Dew kn?brand ni sejenis air berkarbonat yg terbaik beb..favourite drink aku tu..tp kt M'sia mmg susah nk cari.kt Mesir byk la.. klo x taw search kat google k?hm..ni je kot update terbaru aku wt mse nih.huhuhu..t papehal aku miskol k!!

12 August 2009

KeJe..KeJe..KeJe....

10 August adalah hari 1st kje aku..lame gak aku tunggu pnggilan kje sni,akhirnya dpt gak...tp memang ok la kje sni.xdela pressure sgt pon. Manager n crew2 sume kpale ok..dalam kje ni memang banyak kne ingat nama bahan2 makanan sbb melalui bahasa jepun..terkial2 gak aku mule2 tp skang da ok kot..Lagipon dapat gak aku menambah bahasa..Btw banyak gak la masakan jepun aku taw. Tp minx maap la kpd kawan2 coz aku xde mase nak lepak ngan kowang..kkadang pas blk pon pnat gak..so mmg rehat jela kt umh. Tapi klo de mase,aku akan tetap lepak ngn kowang gak ok..hehehe..

06 August 2009

NeW DeSigN

COMING SOON...
The New Inspiration Design

27 July 2009

i'M SoRRy...


Memang lumrah hidup bahwa manusia ni sentiasa ada masalah.. Tapi masalah yang menimpa aku ni memang bagaikan jatuh ditimpa pokok kelapa serta buah2nya skali.. Memang susah nak terima dugaan ni tapi aku tetap cuba hadapinya dgn memendamnya penuh kesabaran.. Memang kebanyakan punca masalah ni disebabkan oleh diri aku sendiri..Aku gak dapat rasekan yg diri aku ni tak berguna.Maafkan aku kpd sesiapa yg berkenaan jika aku tak menyenangkan korg. Sampai mase nanti aku akan pergi jua wt selama-lamanya..dan xkan menyusahkan kowang lg..

26 July 2009

PeRjUaNgAN BaRU

Hari ini,aku dah disahkan oleh kerajaan STUDIO 88 sebagai ahli..walaupun cawangan STUDIO 88 ni kecik,tp aku tetap teguh bersama mereka.Yelah..ahli dah 11 owg tetapi disebabkan ramai yg nga study n kerja,4 owg pon jadi je lepak...hehehe~

24 July 2009

Petua Untuk Berseri Wajah & Hati Ceria

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4.
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5.
Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

28 June 2009

ReHLaH Di GuNunG BeRLuMuT

Setelah sekian lame x pulang ke Malaysia,kini aku aktif kembali bersama rakan2 SSC (Stylish Scooter Club). Sungguh x disangka kerana club ini smakin ramai ahlinya walaupon sebilangannya kurang aktif. Nak wtcmner klo diowg de yg bz dgn kerjaya n study masing2.. Tapi nk dijadikan cerita,semalam baru je kitowg g Gunung Berlumut yg terletak di Kluang gak. Cuma kali ni kitowg bgabung dgn dak SRF Batu Pahat. Jadi kitowg blhlah mengeratkan ukhwah antara club msing2 disamping beriadah bersama.huhuuhu.. Berkumpul pada jam 9pg tetapi akibat janji melayu, maka sume dpt berkumpul pd jam 11.30pg dan bergerak ke Gunung Berlumut. Sumenye berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah. Setibanya disana,kitowg dgn cargas menuju ke port biase dimana disitulah tempat penerjun2 professional mmbuat terjunan.hahaha.. Dapat juga aku merasa terjun kt situ walaupon tingginya juz 2 tingkat jer. Gayat jugak beb..huhu. Pas puas bemandi-mande, dlm kul 3ptg kitowg bersiap utk pulang. Memang terasa happy la time tuh walaupon de mmber2 yg aku xknal sgt. Setibanya di bandar Kluang,kitowg g makan di restoren. Disitulah pertemuan terakhir kitowg selepas sume bersurai..

19 May 2009

TeRiNgaT MeMBeRz2

Harini mmg bowsan gilerzz..dahla esok nak exam tp kpale otak aku masih blur utk menerima sume nih..tp xpe,esok exam bknnya harini kan..huhuhu..(jgn contohi aku). Kekadang hati ni x sabar je nak blk Malaysia..mane x,dah dekat 2 tahun x blk beb.. windu gilerz ngan family n member2..walaupon family yg diutamakan,tp teringat gak ngn member2 yg dah lame x jumpe.. pe kes la diowg..mesti dah byk perubahan..lagi2 member2 sekolah dulu,member2 setaman n member2 scoot..wa rindu zial sama luorg.. teringat knangan bersama mase dulu2 men jongkang-jogkit,snooker,bowling,kaco awex org,g picnic,konvoi..n mcm2 lg r..tp xpe..kejap je ni..bln dpn ni blk siap la korg..hehehe~

12 May 2009

9 SeBaB HaTi TaK BaHaGiA

1- Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

05 May 2009

MUH - Putihnya Lukisan

Band indie yg x asing lagi Meet Uncle Hussain telah mencuri perhatian aku pd kali ni utk dikongsikan bersama ngan korang..bukan ape,lagu diowg penuh makna n layan kepale bg aku.. Salah satu lagu yg aku akan introducekan kt kowg nih lagu Putihnya Lukisan..mybe kowg dah dengar dulu kn sbb dah lame lagu ni kuar kt corong2 radio.. Bg yg belom tau tu,nngoklah lirik n dengarkanlah lagu kt bwah nih..huhuhu~



oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia harini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kejamnya

jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
dengan warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang si muda mengacukan senjata

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana


04 May 2009

ExAM TiBa LaGi

Masa yg ditunggu telah tiba...peperangan diatas kertas akan tercetus..tapi boleh ke aku menghadapinya dgn otak yg kosong?? ishh..xley beb.. jd aku aku kne bersedia lebih awal..xkan nak duduk sni(Mesir) lame2? x sanggup beb.. lagipon ape hasil aku study sni? harapan ibu bapa aku cmne? xkan aku nk menghampakan diorang.. dah byk diowg berkorban utk aku.. Tapi bile diciterkan pasal study, aduyaiiii.. mmg susahlah aku nk buka buku or kitab.. bile dah buka je x sampai 15 mnit.. mulelah tubuhku meronta2 utk stop.. mane x, nampak je tulisan arab terus laen mcm. pkajadah sume ni?? hehehe.. tapi mmg byk la dugaan nk study.. lg2 bile de computer. Huhhh.. xphm aku..huhu.. lagilah bile pas exam nih balik Malaysia,mmg otak asyik memikir je pe nk wt nnti kat sane. So skang aku kene yakin yg aku boleh!! aku akan tunjukkan kpd sume yg aku pon boleh lulus dlm exam tahun nih.. (cehh.. yo2 O jer..) hehehe.. Oppss.. lupe lak. Dikesempatan nih aku nak ucapkan minx maap la yek klo de salah silap kt kowg.. Juga kpd doctor2 kuliah yg n'sem, minx maap ler klo space utk aku kt kuliah asyik kosong jer.. Doakan kejayaan aku k?? Semoga kita sama2 najah dalam imtihan kali nih..zzzzzZzZzz

30 April 2009

ADaB2 PeRGauLaN yG BaEk PuNyeR

Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali

Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.

Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.


10 April 2009

SoMeTiMeS...

Sometimes...
a lot of opportunity came in our life.
We need to choose either grab it or drop it.

Sometimes...
the opportunity just came once.
Sometimes...
it may change our life.
Sometimes...
it doesn't change anything.
Sometimes...
we can't decide what the right decision to be made.

Sometimes...
we need help to make decision.

Sometimes...
nobody can help us.
Sometimes...when we lose it, we'll regret.
Sometimes...when we grab it, we had a joy.
Sometimes...we just waiting it to be true.
Sometimes...it came when we need it.
Sometimes...it never come although we wish for it.

So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...

24 March 2009

No CoMMeNT....

Setelah sekian lame aku rebah d tgh jalan(jalan mne ntah..x ingt lorr),aku telah jumpa sesuatu yg membangkitkanku kembali dari alam angker nih..aku x taw cmnelah benda ni leh terjadi tp mungkin takdir yg tuhan telah tentukan..tapi knape dye??adakah dye yg aku cari selame ni? pergghhh.. giler la melayu..huhuhu~ memang susah beb nk jangkakan benda2 nih tp kite kne gak terima n hadapinya dgn stylo n macho..haha. Tapi aku sgt bersyukur la coz aku mempunyai perasaan nih..thanx God!! Tapi aku kekadang cam x caye gak..tp nk wt cmne kn..nilah hidup beb..

to be continued...

17 March 2009

PiX MeNaRiX

Ni ade race ke autoshow nih??

Shushi serangga??ermm..cdapnyer!!

Scoot 4 Life!! Wheelie la siot..

16 March 2009

BuNkFaCe - SiTuaSi

Kali ni aku nak tunjukkan korang video band indie Malaysia kita sendiri iaitu Bunkface.. Band ni antara band2 indie yg aku minat. 1st lagu yg mengenalkan aku dgn diowg iaitu Silly Lily. Time tu aku ingatkan band ni band luar negara tapi tekaan aku salah.Rupanya ada gak band Malaysia yg setanding dgn band negara luar.I'm proud with you!!..hahaha



Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku


*Support our local indie band

ShuffLe Vs AF

Baru2 ni aku baru je nengok konsert AF7 minggu pertama..padahal aku x follow pon sgt AF nih.huhuhu.. Tapi bila aku nengok je, aku tertarik lak dengan persembahan Aril..mmg smart n stylo la..pastu ley lak dye wt shuffle kan.hahaha.. Pastu aku nngok la kt Youtube pasal dye ni..upenye dye ni shuffler dari Hardstyle Republic..tapi sebelum masuk AF,dye dikenali sbg Ajam..nk dibuktikan,korg layan la video nih..hehe



23 February 2009

KiaMat SuDaH DeKat !!

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon..
8 ) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
pesanan…
Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak..??
Wallahualam….

21 February 2009

Besarnya Ganjaran Jihad


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan”. [HR Bukhari - Jilid 3, no. 1395]

Demikianlah Allah SWT mengangkat darjat hambaNya yang mengorbankan diri di atas nama Allah dan agamanya. Terlalu besar ganjaran pahala dan kesenangan dunia yang akan All
ah SWT kurniakan kepada mereka yang berjihad di atas jalan ini. Apa lagi yang didamba oleh kita sebagai manusia selain dari keampuan dari dosa-dosa yang kita telah lakukan, itu sudah mencukupi. Tetapi Allah SWT bukan sekadar memberikan pengampunan, bahkan ganjaran syurga di akhirat yang pastinya bonus bagi mereka yang beriman.

Mengapa Allah SWT memberikan ganjaran yang tinggi kepada pejuang-pejuang ini? Kerana tidak mudah untuk mempertahankan agama Allah. Tidak ramai yang sedar bahawa agama Islam kini telah dinodai oleh musuh-musuh Allah. Allah telah menawarkan ‘reward’ yang tinggi untuk mereka yang berlumba-lumba menegakkan agama Allah. Mentaliti umat hari ini masih jauh untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan ini.

Walaupun isu Palestin kini sedang hangat, ini semua hanyalah perancangan musuh-m
usuh Islam untuk terus menarik perhatian umat Islam seluruhnya. Berjihad di jalan Allah boleh dilakukan dengan banyak cara. Sekalipun tidak mampu mengangkat senjata, namun biarlah sekurang-kurangnya kita tidak menjadi orang yang membeli peluru untuk menghapuskan umat Islam sendiri. ALLAHU AKBAR!!

RoAD tO DuMyAT (DaY 2)

Untuk hari kedua ni kitowg g Ras El-Bar iaitu penghujung Sungai Neil. Sampai je kat sane, kitowg naek bot n jalan2 kat sungai tu. X lame pon sebab kitowg xley g masuk area bot2 nelayan. So jalan2 kat kawasan tu jelah. Pastu kitowg terus g kat umah api. Pemandangan kat situ memang best giler.. Bagi sesiapa yg nak hilangkan tension or baru pas putus cinta ley la lepak situ.. gerenti happening.. huhu. Kitowg g sana pon dah nak senja. So nampak la matahari terbenam. Kitowg x henti2 asyik amik gambar je, byselah pelancong.. hahaha. Pas solat Maghrib kitowg g makan kat area situ.. X makan besar pon juz makan Creep (sejenis lempeng yg diisi dgn hot dog/ ayam). Time tu aku order Creep Cocktail n ice cream.. bkn bermakna cocktail buah2an tapi campuran hotdog n ayam. Tapi memang x sedap la Creep kat situ, sedap lagi kat Zagzig. hehehe.. Pas je makan kitowg terus balik n singgah ke rumah kawan2 yg terdekat. Pastu balik umah Amie n wat aktiviti masing2.. Tapi sebelum balik, aku masetu g hisap shisha jap ngan Syah n Bai kat kedai kawan umah Amie. Huhuhu~

12 February 2009

RoAD tO DuMyAT (DaY 1)

Kini plan yg dah begitu lama dirancang sebelum exam menjadi kenyataan akhirnya.. Dapat juga bdk2 aku berkumpul utk sama2 join walaupon keahlian hanya dalam 14 org termasuk bdk Tanta, Damanhur, Kaherah, Zaqaziq n Dumyat sendiri. Tapi itu x menjadi masalah bagi kitowg.. Kitowg berkumpul n gerak Rabu malam dari Tanta.. time tu mmg best la sbb mmg ckup2 muat satu van. Xde la yg mnyusahkan owg.huhuhu.. Sampai saje di Dumyat,kitowg lepak n tdo kat umah Amie (Tali).. Pergghh.. sardin terus dalam umah dye. hahaha.. Tp nasib baek ade yg tdo umah Mael(Is).. Keesokan paginya slepas breakfast kitowg berkumpul n bergerak ke pantai utk memulakan misi mencari kerang n acara bebas.. hahaha.. Tapi mmg btol kate Amie bahwa kerang kali ni majok. Mane x, tahun lepas pg bukan maen snang nk cari. lepak setempat je dah dapat banyak.tapi kali ni bukan kata setempat, 20 tempat baru dpt.. aduyaiii.. Yg rajin tu rajinlah cari kerang. yg kurang rajin tu byselah, wat ntah pape.. baling2 batu la.. tulis ayat kt pasir la.. men timbus2 la.. wt kuak lentangla.. huhuhu. Alhamdulillah kitowg dapat pon hasil penangkapan.. Xla byk mane pon mcm thn lepas tp blhla.. Pastu kerang pon disiang jugak kt situ. Mmg best la time tu walaupun dapat kerang sikit tp kitowg happy.. hehehe.. Pastu masing2 pon mandi mcm dah lame x jumpa air. Air mmg sejuk giler..ntah cmnelah diowg ley mndi.huhu.. Pastu kitowg bersiap n then go back home..

Selepas Asar kitowg dgn nsem2nya bersiap utk pg ke Port Fuad. Utk menuju ana ke skitowg naek feri.. Tapi x la jauh mane pon nak ke seberang. Tiba je kat sane kitowg solat Maghrib kat masjid disana. Nak dijadikan cerita mmg cantik la masjid tu.Tempat wudhu' dye ade air panas taw.. huhuhu.. Selepas selesai solat kitowg cam byselah sbg pelancong amik2 gambar. De gak yg amik gambar sendiri. Huahuhua.. Pastu kitowg bergerak pula ke Port Said yg juga dikenali sbg port bundle.hehe.. tapi mmg byk giler la kedai2 bundle kat situ cuma kalo nak beli kne pandai tawar menawar je.. Budak2 ni ramai yg nak cari seluar n sweather. So kat sane berpecah la cari pilihan masing2.. Aku de gak beli skit smpai hbs 150Le.. belinya juz suar jeans n cordroy Levi's n sweather Nike. Tapi memang puas hati la.. Rase cam nak g lagi je nanti. Huuhuhu.. Selepas wit kering, kitowg pon berkumpul n blk. Sebelum pulang kerumah, kitowg g makan. Perghhh.. punyalah susah nak cari restoran.. perut haritu mengidam nak makan nasi n ayam panggang. Jap lagi boleh plak nasi hbs.. kedai laen pon same lak tu. tapi area situ mmg banyak kedai pizza. Jadi disbbkan perut dah berbunyi lagu Bunkface, terpaksa lah makan pizza.. Aduyaii.. Hehehe.. After that kitowg terus balik umah. Tapi mmg lepak la time tu. Dahla penat bejalan kat Port Said cari brg, pastu ditambah lg penat cari kedai makan.Huhuhu..