04 June 2013

Genap Setahun

Yup..telah genap setahun lamanya aku mencipta nama JIMMY JIM di persada fesyen indie online tanah air. JIMMY JIM adalah authorized dealer untuk pelbagai brands seperti Macbeth, Dropdead, Rebel Eight, Famous, Atticus dll. Memang tidak ramai yang tahu apakah hubungan aku dengan JIMMY JIM kerana berlainan Facebook dan tiada mutual antara kami. Memang sengaja aku berbuat demikian supaya tiada seorangpun yang tahu siapa aku walaupun ada yang telah mengetahui hubungan aku dengan JIMMY JIM. Jadi aku lebih suka melakukan kegiatan dibelakang tabir pada waktu sekarang. Alhamdulillah..sehingga harini, ada dalam 120+ pcs resit poslaju tidak termasuk yang dah buang dan hilang n COD..heheh. Tapi ramai yang bertanya kenapa nama JIMMY JIM? Jawapannya: Sebelum jadikan akaun tu untuk berniaga, akaun tu aku buat main Zynga Poker. Dan banyak nama yang aku dah tukar-tukar sampai last nama JIMMY JIM. Masa dah confirm akaun tu aku nak pakai buat berniaga, aku buatlah album dan upload gambar-gambar untuk dijual. Bila nak tukar nama, tiba-tiba tak boleh pulak sampai aku fed up tak tau buat macamana. Terfikir jugak nak buat akaun baru tapi malas la nak upload balik gambar banyak-banyak tu. Jadi, aku teruskan sahaja dengan nama JIMMY JIM tu sampai sekarang... Kalau nak tau apa yang JIMMY JIM jual, singgah DISINI, https://www.facebook.com/bl4ckm4rket