17 November 2010

MaLaZ GiLeZ


Pale ho dye la...nape aku malas giler nak study nih?? Mungkin dah lame xbalik Johor bile jumpe member2 je hanyut..ni gara2 banjir kt Kedah la ni klo x dah habis da exam aku. Ehh xley2...aku xley salahkan owg laen..ni semua atas jati diri aku sendiri menguruskan masa. "Mal..mal...ko nak jadi ape ha? camne ko nak berjaya n memperjuangkan cita2 ko klo ko terus camni lg? mase banyak2 ko buang dengan buat benda ntah ape2..nanti 10hb exam ko jgn tanye knape la.ko pk la Mal..ni untuk MASA DEPAN ko!!". Fuhhhh..ok2,dah ade semangat so nak mulakan harini... InsyaAllah..<--(
ye2 je..)

16 November 2010

SeLaMaT HaRi RaYe!

KiSaH ProFeSoR & PeMuDa

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.

Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf prof. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Kesimpulan: Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara.Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

12 November 2010

EsOK

Sebenarnya aku hidup hanya untuk hari ini
Esok?
Siapa tahu?
Mungkin esok aku mati
Atau aku lupa akan diriku

Esok aku mungkin akan berkata
“Siapa aku?”
“Dimana aku?”
“Siapa kau?”

Jangankan berkata demikian
Mungkin esok tak akan pernah datang
Dunia akan mati sebentar lagi
Dan kita, isi dunia akan hancur!
Satu jam dari sekarang…
Tiga puluh minit….
LIma minit….
Satu minit….
Satu detik….dan

Semua akan musnah!

Jika semua itu terjadi,
Apa yang akan kau lakukan wahai manusia?